Pohon zaitun di Matruh
Pohon yang boleh hidup cukup lama dan mengandungi banyak manfaat baik minyak,buah,kayu mahupun daunnya.
Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun dan demi bukit Sinai QS 95:1-2
lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma, kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu QS 80:27-32.
Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan QS 16:10
Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. QS 6:141
Buah zaitun yang hampir masak ada dijual di souq Mansoura
buah zaitun mengandungi
67% air
23% minyak
5% protien
1% garam mineral terutamanya kalsium dan besi
dan mengandungi beberapa jenis vitamin.
Kerana buah ini mengandungi minyak sehingga mengandungi vitamin A dan D (vitamin yang biasa ada pada minyak)
Zaitun termasuk buah yang memiliki fungsi kesihatan kerana mengandungi vitamin B dan c
Minyak zaitun dan zaitun jeruk
Buah zaitun jeruk boleh dimakan begitu sahaja dan biasanya pizza di mesir ada buah zaitun...
dan kegunaan dan kelebihan minyak zaitun
•Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
•Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
•Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
•Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
•Antioksidan dan antikanser
•Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
•Membekal vitamin E
•Kecantikan (kulit dan rambut)
•Kestabilan asid lemak
•Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
•Kegunaan masajterapi
Penggunaan:
•Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
•Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari
No comments:
Post a Comment