Sunday, September 30, 2012

Si Syahid Kecil: Muhammad Durrah



Masih kalian ingat kisah Muhammad Durrah?

Pada 30 September 2000, adik Muhammad al-Durrah dan bapanya, Jamal sedang berjalan di sebatang jalan di tebing Gaza, Palestin

Tiba-tiba mereka terperangkap di tengah-tengah pertempuran antara tentera Israel dan pihak berkuasa Palestin

Walaupun menjerit, merayu dan merintih agar dia dan anaknya tidak diapa-apakan, namun askar Israel tidak ambil peduli sebaliknya melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mereka anak beranak.

Keduanya-duanya syahid di situ juga.

Pada hari tersebut 4 syahid dan 100 yang lain cedera di Nablus, dan juga 167 orang cedera di kawasan Masjid Aqsa membantah Ariel Sharon masuk ke masjid.

Tidak lama kemudian Israel dengan angkuh mengeluarkan kenyataan…LELAKI ITU MENGGUNAKAN ANAK SEBAGAI PERISAINYA!

Setem ini dikeluarkan bagi memperingati peristiwa tersebut yang mana telah dikeluarkan oleh 7 buah negara Islam, Iran, Iraq, Jordan, Saudi, Tunisia, Yaman dan Maghribi.

Kisah as-Syahid Muhammad Durrah diabadikan dalam video ini.Sebuah cerita yang perlu dikisahkan kepada kanak-kanak dan shabab sekarang.

Muhammad Durrah (1988–2000)

Wednesday, September 26, 2012

Zaitun

Pohon zaitun di Matruh

Pohon yang boleh hidup cukup lama dan mengandungi banyak manfaat baik minyak,buah,kayu mahupun daunnya.

Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun dan demi bukit Sinai QS 95:1-2

lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma, kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu QS 80:27-32.

Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan QS 16:10

Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. QS 6:141


Buah zaitun yang hampir masak ada dijual di souq Mansoura

buah zaitun mengandungi 
67% air
23% minyak
5% protien
1% garam mineral terutamanya kalsium dan besi
dan mengandungi beberapa jenis vitamin.
Kerana buah ini mengandungi minyak sehingga mengandungi vitamin A dan D (vitamin yang biasa ada pada minyak)
Zaitun termasuk buah yang memiliki fungsi kesihatan kerana mengandungi vitamin B dan c


Minyak zaitun dan zaitun jeruk

Buah zaitun jeruk boleh dimakan begitu sahaja dan biasanya pizza di mesir ada buah zaitun...

dan kegunaan dan kelebihan minyak zaitun
•Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
•Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
•Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
•Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
•Antioksidan dan antikanser
•Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
•Membekal vitamin E
•Kecantikan (kulit dan rambut)
•Kestabilan asid lemak
•Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
•Kegunaan masajterapi
Penggunaan:

•Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
•Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari 





The More You Give, The More You Get


Bismillah.

Alhamdulillah saya mendengar perkongsian yang hebat pagi tadi semasa Morning Meeting.Yang paling terkesan, tentang seorang jutawan yang dahulunya pengutip sampah memberi beberapa tips antaranya setiap pagi hari dia memulakan hari dengan bersedekah, walaupun dalam keadaan tersempit.Ya Allah Ya Razzaq Ya Ghaniy Ya Mughniy.

One truth is that the more you give, the more you get in return.

"Tiga perkara yang aku bersumpah atas ketiganya: Tidak berkurang harta kerana sedekah, tidak teraniaya seorang hamba dangan aniaya yang dia sabar ke atasnya melainkan Allah Azza Wa Jalla anugerahkan kepadanya kemuliaan dan tidak membuka seorang hamba pintu permintaan (mengemis) melainkan Allah membukakan keatasnya pintu kefakiran." 
(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Tuesday, September 25, 2012

Off to Tahrir~

Bismillah.

Janji ditepati.He he.Saya pernah berangan dulu, kalau ada blog saya nak masukkan cerita tentang kami yang selalu ke Tahrir ambil minhah.Saya ada bagi cadangan kepada Ude Fadhilah untuk dia abadikan cerita kami di Tahrir dalam blog dia.Tapi tak pasti samada beliau sudah masukkan atau tidak.

Permulaan kami boleh ke Tahrir setiap awal bulan ini bermula bila kami tahu ada institusi yang membuat kebajikan dengan memberi minhah kepada pelajar wafidin.Jadi kami yang terdiri daripada Kak Yasidah, Huda, Acu Jawahir, Ude Fadhilah berusaha untuk dapatkan maklumat tentang minhah ini.Kami berusaha sampai lubang cacing untuk dapat minhah.Urusannya Ya Robbi, sungguh menguji, sampai nak patah kaki, tapi puas hati, tiap bulan dapat gaji.LE 214 setiap bulan.


Ramses yang tidak zahmah?

















Setiap 1-10 hb setiap bulan rutinnya akan ke Kaherah atau lebih tepat lagi ke Tahrir..bukan naik kapal..tapi sekadar secicip rezeki.

Sunday, September 16, 2012

Singa Pemimpin Mujahidin | Lion of the Desert

Bismillah.
Assalamu'alaikum

Tahun 1931, di Bengkulu, seorang pengusaha Cina Muslim bernama Haji Karim Oei Tjeng Hin, membakar keretanya sendiri.Kereta Fiat buatan Itali miliknya dia rela membakarnya kerana rasa sebuah pembelaan.Ketika itu, orang ramai tidak mengerti apa yang dilakukan Haji Karim Oei.Kerana ketika itu Indonesia masih dalam penjajahan dan perjuangan melawan Belanda.Tapi hari itu, tak kurang juga yang melakukan usaha bersama, menunjukkan solidariti kepada kaum muslimin Libya yang dijajah Itali.


Haji Karim Oei salah satu yang menyambut seruan memboikot produk Itali dengan cara membakar kereta Fiat miliknya.Bayangkan kereta Fiat pada tahun 1931, betapa besar harganya untuk seseorang yang hidup di tengah penjajahan.Bahkan Indonesia belum menjadi sebuah negara.

16 September 1931, ketika itu Umar Mukhtar digantung setelah ditangkap oleh penjajah Itali.

“Aku boleh Mati, tapi perjuangan untuk meraih kemerdekaan dan kebebasan melawan ketidakadilan dan keserakahan kaum imperialis, tidak boleh berhenti dan harus diteruskan!”
Umar Mukhtar, Libya.

Perjalanan Meminang Bidadari.



Remembering the massacre of Sabra and Shatila

Bismillah.
Assalamu'alaikum

Apakah Sabra dan Shatila?



Sabra dan Shatila adalah 2 daripada kem pelarian Palestin di Beirut, Lubnan yang telah didirikan selepas berlakunya peristiwa Nakbah Palestin pada 1948. Kira-kira 3,000 orang pelarian terkorban dalam tempoh 48 jam semasa tragedi hitam tersebut yang berlaku pada 16-18hb September 1982 yang didalangi oleh Zionis dan Phalangist Lubnan.

tbc-inilah akibat malas nak membaca...saya perlu menghabiskan beberapa tulisan dulu sebelum saya jadikan sebuah post.Disebabkan mahu cop tarikh kena post dulu ;)

Saturday, September 1, 2012

Syair Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

Bismillah.
Assalamu'alaikum

Syair Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

Bangunlah para petunjuk jalan yang arif bijaksana untuk mengembalikan keadilan
Bangunlah para penakluk yang mulia dan gagah untuk mencapai kemuliaan perkasa

Bangunlah untuk memusnahkan segala belenggu kerana masanya telah tiba
Kerana manusia ditimpa kecelakaan cinta dunia tanpa agama

Marilah kita kembalikan umat, sebagai suatu rahmat bagi seluruh alam
Janganlah kamu berkata, bagaimana?
Kerana kita ini umat Islam

Wahai saudara Islam di seluruh tempat,
Naiklah ke atas bukit dan laungkanlah azan
Angkatlah al Quran sebagai perlembagaan zaman
Penuhilah setiap penjuru dengan berkata “Kami umat Islam!Kami Umat Islam! Kami umat Islam!

Di mana ada kebenaran dan keadilan, di situlah kami
Kami rela mati daripada terhina
Alangkah manisnya kematian di jalan Allah!!!



KakiBlog