Wednesday, July 25, 2012

Dari Beirut ke Jerusalem

Bismillah.
Assalamu'alaikum

Buku ini hasil tulisan Dr Ang Swee Chai diterbitkan Harakah sempena 25 tahun tragedi pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di kem Sabra dan Shatila yang menyayatkan. Ia menjadi parut yang menghantui umat Islam seluruh dunia dan menjadi lambang kekejaman dan kerakusan Yahudi di bumi Palestin yang terjajah.
-Dari Beirut ke Jerusalem|Sebuah kisah benar.

Saya sarankan bacalah buku setebal 403 mukasurat ini.


Buku ini mesti dibaca.Bagus isinya-Ustaz Riduan
Bacalah-Ustaz Nik Mohd Abduh


Boleh baca catatan Ustaz Nik Mohd Abduh

Jom sahur!

Bismillah.
Assalamu'alaikum



عن أنس رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم تسحروا فإن في السحور بركة


Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.


عن زيد بن ثابت رضي الله عنه قال تسحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قمنا إلى الصلاة قلت كم كان قدر ما بينهما قال خمسين آية

Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur
bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat.




Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Kareem | Musahhirati


Bismillah
Assalamua'alaikum

Ramadhan 1432, saya di Kaherah.
Musahharati mengetuk gendang dari arah Masjid Musa Nusair dan melintasi depan RKB.Sejauh mana dia dah berjalan sambil mengetuk gendang mengejutkan umat manusia untuk qiyam dan bangun sahur, saya tidak pasti.

Siapa musahharati ni?
Musahharati adalah istilah bagi orang yang bertugas menyedarkan kaum muslimin untuk sahur di Mesir. Mereka biasanya membawa gendang di tangan kirinya. Sedang tangan kanannya menggenggam pemukul yang dibuat dari kulit atau kayu.

Musahharati dahulunya mendapat tempat dalam masyarakat. Hanya mereka yang bersuara lunak dan merdu bekerja sebagai Musahharati ni. Mereka mendendangkan nyanyian lagu-lagu rakyat, syair, puji-pujian, dan doa sambil diiringi pemuzik lain dan dikelilingi oleh kanak-kanak.


Namun Musahharati saat ini hanya tinggal gendang dan panggilan untuk bangun menyempatkan diri bersahur. Setengah jam sebelum masuk waktu imsak pasti akan kedengaran ketukan gendang dan laungan dari Musahharati membangunkan kaum muslimin bersahur.





Satu hari, saya yang sangat teruja lepas terawih di Masjid Amru tak boleh tidur, dan datang bunyi musahhirati ni, saya cuba snap gambar, konon nak buat kenangan, Ramadhan terakhir di Mesir, tapi gelap yang nampak.


Apa kenangannya?
Bunyinya sajalah.


Mereka sudah melaksanakan kerja mereka yang mulia.Belum tentu kita yang cam gini ni boleh buat :)

Bunyi gendang musahhirati tetap di hati <3



Tuesday, July 17, 2012

ESQ WAY 165


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum

Alhamdulillah tiada kata yang terucap, akhirnya saya berpeluang untuk menghadiri, mengikuti Training ESQ WAY 165 pada 14 dan 15 Julai 2012 baru-baru ini.Ternyata kebahagiaan hakiki ialah Spiritual Happiness.

Saturday, July 7, 2012

Ramadhan dan Kurma

Tidak terasa kita sudah berada di bulan Sya'ban. Sebentar lagi Ramadhan akan datang. Semoga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan 1433 H.


Subhaanallaah, kalau kami perhatikan setiap tahunnya pohon-pohon kurma di Saudi selalu berbuah menjelang bulan Ramadhan. Seakan-akan pohon-pohon kurma itu siap menyambut bulan Ramadhan dengan menyuguhkan kepada orang-orang yang berbuka puasa buahnya yang manis nan lezat itu.


Untuk diketahui, ada 3 marhalah (tahapan) yang dilalui oleh buah kurma sampai matangnya sempurna.


1. Busr (بسر)
Pada tahapan ini, buah kurma masih berbentuk bulatan kecil, keras, lagi hijau warnanya.


2. Ruthab (رطب)
Nah, ini tahapan yang paling digemari dan dicari banyak kalangan (lihat gambar). Tahapan ini disebut dengan tahapan "setengah matang". Setengah bagiannya berwarna kuning atau merah, setengah sisanya berwarna coklat muda atau agak kehitaman (tergantung jenis kurmanya). Di samping warnanya yang cemerlang, khasiatnya yang luar biasa ketika dimakan pasca melahirkan juga membuat ia paling diincar banyak orang. Kurma seperti pada gambar inilah yang disebut-sebut sebagai "anggur arab".


Masih ingat kan bagaimana Allah mengisahkan saat-saat setelah Maryam melahirkan?
Allah berfirman:
وهزي إليك بجذع النخلة تساقط عليك رطبا جنيا
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang segar lagi lezat." (Qs. Maryam: 25)


3. Tamr (تمر)
Ini tahapan terakhir dari buah kurma, yakni buah kurma yang sudah matang. Biasanya berwarna coklat tua dan lebih hitam gelap. Ini yang paling sering sampai di Indonesia dan biasanya banyak dikonsumsi ketika berbuka puasa.


Rasuulullaah shallallaahu 'alaihi wa sallam lebih menyukai ruthab.


عن أنس رضي الله عنه قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء .
( رواه أحمد و أبو داود و الترمذي و غيرهم. و قال الشيخ الألباني:حسن صحيح. انظر السلسلة الصحيحة رقم 2840)


"Dari Anas radhiyallaahu 'anhu berkata: "Rasuulullaah shallallaahu 'alaihi wa sallam biasanya berbuka puasa dengan memakan beberapa ruthab (kurma setengah matang) sebelum melaksanakan shalat (maghrib -pen). Kalau tidak ada ruthab, maka dengan beberapa tamr (kurma matang). Kalau tidak ada tamr, maka beliau meneguk beberapa tegukan air."
(HR. Ahmad, Abu Daawuud, dan At-Tirmidzy serta ahli hadits lainnya. Syaikh Al-Albaany berkata: Hasan Shahih. Lihat: Silsilatu Al-Ahaaditsi Ash-Shahiihah, no. 2840)
KakiBlog