Bismillah
Assalamua'laikum
Tahniah rakyat Mesir dan saya bangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada kalian.Teringat guru-guru dan kawan-kawan warga Mesir.Ingin sekali saya terbang untuk berjumpa dengan kalian!
Gambar pada 6 Jun 2011.Ambil minhah di Dataran Tahrir.Saya sempat membeli bendera Mesir satu.
Tiap-tiap awal bulan lepas tsaurah,lepas ambil minhah,saya dan Acu Jawahir mesti round Tahrir tengok-tengok gelagat manusia di situ.Macam-macam.Gambar-gambar syuhada' tergantung sana sini.Yang paling menarik grafiti warna -warni di dinding bangunan.
Maka benarlah, Umar al-Khattab ( radiallahu anhuma) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إذا فتح الله عليكم مصر فاتخذوا فيها جندا كثيراً، فذلك الجند خير أجناد الأرض، فقال له أبو بكر: ولم يارسول الله؟ قال: لأنهم وأزواجهم في رباط إلى يوم القيامة
"Bila Allah membukakan buat kamu negeri Mesir, jadikan tenteranya paling banyak. Maka tentera itu adalah sebaik-baik tentera di bumi. Maka berkata Abu Bakar: Kenapa begitu ya Rasulullah? Jawab baginda : Kerana mereka dan isteri-isteri mereka sentiasa siap siaga hingga ke hari Qiamat".
Saya yakin dan PASti bahawa sebaik-sebaik tentera di bumi adalah tentera daripada tarbiyah Ikhwan Muslimin!
Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment