Tuesday, June 26, 2012

Dr Mursi Kasban! Alhamdulillah :)

Bismillah
Assalamu'alaikum

Kenali Dr. Mohd. Mursi (calon IM utk Presiden Mesir):


1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam
3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan 
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran



Monday, June 25, 2012

Tahniah Rakyat Mesir!

Bismillah
Assalamua'laikum

Tahniah rakyat Mesir dan saya bangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada kalian.Teringat guru-guru dan kawan-kawan warga Mesir.Ingin sekali saya terbang untuk berjumpa dengan kalian!




Gambar pada 6 Jun 2011.Ambil minhah di Dataran Tahrir.Saya sempat membeli bendera Mesir satu.
Tiap-tiap awal bulan lepas tsaurah,lepas ambil minhah,saya dan Acu Jawahir mesti round Tahrir tengok-tengok gelagat manusia di situ.Macam-macam.Gambar-gambar syuhada' tergantung sana sini.Yang paling menarik grafiti warna -warni di dinding bangunan.

Maka benarlah, Umar al-Khattab ( radiallahu anhuma) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إذا فتح الله عليكم مصر فاتخذوا فيها جندا كثيراً، فذلك الجند خير أجناد الأرض، فقال له أبو بكر: ولم يارسول الله؟ قال: لأنهم وأزواجهم في رباط إلى يوم القيامة

"Bila Allah membukakan buat kamu negeri Mesir, jadikan tenteranya paling banyak. Maka tentera itu adalah sebaik-baik tentera di bumi. Maka berkata Abu Bakar: Kenapa begitu ya Rasulullah? Jawab baginda : Kerana mereka dan isteri-isteri mereka sentiasa siap siaga hingga ke hari Qiamat".

Saya yakin dan PASti bahawa sebaik-sebaik tentera di bumi adalah tentera daripada tarbiyah Ikhwan Muslimin!

Allahu Akbar!



Sunday, June 10, 2012

Rahsia Memudahkan Rezeki



Bismillah.
Assalamu'alaikum

Rahsia Memudahkan Rezeki


1. Istighfar paling kurang 100 kali dan jika banyak masalah bacalah 1000 kali sehari atau lebih pun tidak mengapa, Insya-Allah akan terbuka jalan penyelesaian kepada masalah itu. Istighfar membuka segala simpulan. Apa saja yang berlaku di dalam hidup kita, kunci masalah adalah di dalam hidup kita. kitalah puncanya, Tuhan tidak menzalimi kita sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri. Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan jiwa hanya ada dia. Bila ada di dalam hidup ini maka semua masalah akan tidak ada apa-apa. Hanya dia yang mengaturkan semua masalah. Serahkan kepada Allah semuanya. Buat secara istiqamah.


2. Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk dipermudahkan. Buat selawat selama 10 hari sebanyak 1000 kali sehari. Dengan niat khusus. Tapi jangan lupa solat fardu.


3. Buat solat taubat bermula daripada titik untuk berubah buat setiap malam. kemudian buat solat tahajud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan.


4. Buat solat duha jangan putus. Solat duha memang hebat sangat peranannya, rezeki melimpah ruah. Keberkatan datang, tapi jangan buat untuk dapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang Allah. kunci dunia ini adalah kasih sayang jika ada kasih sayang yang baik dari Allah maka Allah akan beri apa saja yang kamu mahu.


5. Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah raja di dalam hidup kita walaupun ibu bapa kita tidak menyukai kita. Buatlah apa saja yang boleh untuk menyayangi ibu bapa kita. orang yang berjaya adalah orang yang menyayangi ibu bapa mereka. 

Sumber : Facebook



Friday, June 1, 2012

Bekal Seorang Daie

Bismillah 
Assalamua'alaikum




“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”-Hassan Al Basri.
KakiBlog