Saturday, July 23, 2011

Natijah sudah keluar!

   Andak setia di hadapan laptop.Hubungi keluarga agaknya, bisik saya.Saya mahu turun ke rumah bawah.Tiba-tiba Ayong menyerbu pintu rumah terus masuk ke bilik.


   Andak camana? dapat tengok tak natijah?


   Hah natijah!? Saya terkejut.Tidak terus turun, malah terus masuk ke bilik.Natijah sudah keluar ke? 


   Inilah dialog yang mendebarkan setiap tahun.Takutnya menghadapi apabila menghadapi soalan imtihan.Rasanya lagi berdebar memikirkan natijah.


   Kita sering takut dengan natijah.Ya sangat takut, saya pun sama.Apabila difikirkan apalah sangat nak takut sejak UPSR lagi kita menghadapi imtihan.Tapi setiap tahun takutnya lain macam. Saya pernah menangis teruk selepas dapat natijah, pun pernah terduduk, juga pernah tersenyum.Kelakar apabila ingat semula.Tiada foto sebagai kenangan.Masih kemas dalam memori.Saya bukanlah yang sentiasa excellent dengan natijah.Ada banyak versi natijah saya setiap tahun.Alhamdulillah.Tetap sangat mendambakan najah.


   Mendapat natijah di Mesir ini sangat menguji emosi.Natijah akan keluar pada musim panas.Natijah imtihan musim shita' juga akan keluar sekali gus dan tidak dinyatakan hari apa akan keluar.Tidak menjadi masalah sangat hal ini.Alah bisa tegal biasa.Ada yang sentiasa ke kuliah untuk mengikuti perkembangan natijah.Dan kami tidak dapat transkrip natijah.Ada dua cara biasanya untuk kami dapatkan transkrip samada kami ambil salinan dengan Unit Pengetahuan dan Pendidikan Hewi dan kami fotostat atau cara mudah iaitu cabut natijah yang ditampal dan fotostat sebanyaknya dan tampal kembali.Saya pernah mengetuai cara yang mudah ini.Bermula tahun lepas natijah tahun 1 boleh disemak di web.


Ini cerita natijah Kuliah Al-Azhar lain pula cerita natijah Maahad Qiraat.Adik-adik tahun 1 dan 2 biasanya natijah boleh dilihat dengan kerani maahad.Bagi mereka yang tahun 3 (Shahadah) natijah terus boleh disemak di Al-Azhar Education WebsiteDan sistem peperiksaan mereka berbeza dengan kami pelajar kuliah.Namun mereka sangat beruntung sebagai Hamilul Qur'an.Bukan senang nak hafal dan menjaga ayat-ayat suci Al-Qur'an ini.Berada di satu muhafazah yang sama dengan mahasiswi Qiraat ini memberikan bonus buat kami yang mana muhafazah lain tidak seistimewa kami di Mansurah.


   Alhamdulillah natijah shahadah sudah keluar ada yang najah ada yang dur.Kita gagal hari ini dan kita akan berjaya esok.Yang terbaik untuk semua sahabat saya yang akan menghadapi dur thani antara pertengahan puasa atau selepas lebaran nanti.Tahniah untuk sahabat-sahabat yang najah sofi.Doa kalian mengiringi kejayaan kami nanti.Teruskan berdoa! Dan ingatlah, kejayaan yang hakiki adalah kita berjaya masuk ke syurga Allah.Allahu Robbi.


   Terus menunggu natijah Kuliah Syariah tahun 4~

No comments:

Post a Comment

KakiBlog