Saturday, November 8, 2014

Pra Syarat Kemenangan Kita - Siri Pertama

Bismillah 
Assalamualaikum.

Berkongsi tulisan Mantan Ketua Pemuda PAS.

~

Pra Syarat Kemenangan Kita. Siri Pertama
Ketua DPP Malaysia





PRA - SYARAT KEMENANGAN KITA

اَلْحَمْدُ لِلّهِ الّذي لِكُلِّ شَئ سَبَبًا فَأَتْبَعَ سَبَبًا وَ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ كِتَابًا عَجَبًا فِيْهِ مِنْ كُلِّ شَئٍ حِكْمَةً وَ أَدَبًا وَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَ اللّه وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ في مَمْلَكَتِهِ وَ لاَ نَظِيْرَ لَهُ في رُبُوبِيَّتِهِ وَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدً عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ و  بَيَّنَّا مَعَالِمَ الدِّيْنِ وَ هَدَانَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْم . أللّهمَّ  فَصَلِّ وَ سَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا وَ مَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ سَيِّدِ اْلأَبْرَارِ وَ عَلى آلِهِ اْلأَطْهَارِ وَ أَصْحَابِهِ اْلأَخْيَارِ صَلاَةً وَ سَلاَماً دَئِمَيْنِ مُتَلاَزِمَيْنِ إِلى يَوْمِ اْلعَرْضِ عَلى اْلمَلِكِ اْلجَبَّار    .

MUQADDIMAH

Kemenangan amat bermakna bagi sebuah perjuangan . Apatah lagi  perjuangan yang gigih berusaha untuk mendaulatkan syariat Allah swt.  Namun ianya  tidak  mudah dicapai . Kemenangan adalah anugerah Allah .  Ia  dikurniakan hanya  kepada mereka yang layak  dan berpotensi.  Kelayakan dan potensi itu  pula  dinilai  setelah mereka  berjaya  menepati  pra  syarat bagi sebuah kemenangan .

Pra  syarat kemenangan  ini boleh dimiliki melalui  proses  pembinaan dalaman dan  luaran dengan system  pentarbiyyahan  yang  efektif dan istiqamah.Tanpa  melalui  proses  ini ,  terlalu  sukar untuk  memiliki pra syarat kemenangan  tersebut , sementara tanpa pra  syarat ini pula , kemenangan tidak akan dapat dicapai sekalipun mereka mempunyai pengaruh  yang luas dan kekuatan fizikal yang  hebat .

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ

( التوبة  25  )

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.

Justeru itu  , sebagai  sebuah  gerakan dan organisasi  yang berjuang  untuk mendaulatkan syariat Islamiyyah  dan memartabatkan keadilan  sejagat di muka bumi Malaysia ini  , sewajarnya kita mempunyai kilang yang berupaya untuk melahirkan anggota , kepimpinan dan jentera  yang menepati pra syarat kemenangan .


PRA SYARAT - 1

MEMILIKI  AQIDAH  PERJUANGAN

Islam merupakan  cara hidup yang  disyariatkan oleh Allah swt. kepada manusia.  Ia  adalah satu – satunya cara hidup  yang  menampilkan  kesejahteraan , keadilan dan ketenangan untuk  manusia  sejagat . Justeru  itu Islam  selayaknya dijadikan  dasar dan perlembagaan hidup , samaada  secara individu ,  bermasyarakat  mahupun  bernegara .

Bertolak dari nokhtah inilah, setiap individu muslim berkewajipan memperjuangkan  Islam  sehingga ia benar– benar  diletakkan pada suatu tempat  yang sewajarnya (sebagai dasar  dan perlembagaan hidup). Namun begitu ,  suatu hal  yang wajib disedari bahwa menganut,  mengamal dan mendaulatkan  Islam  memaksa  kita  berjuang  menempoh mehnah  dan ibtila’ (tribulasi) yang direntang di hadapan kita oleh  anasir – anasir atau agen – agen musuh Allah swt.

1 – 1  :   Merentasi Tribulasi . 

Tribulasi dalam perjuangan adalah menepati ujian daripada Allah swt. sebagai proses  saringan  kelayakan untuk menyandang status  seorang pejuang .

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

(  محمد  31 )

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

Tribulasi – tribulasi ini menjelma dalam beberapa keadaan dan suasana .

Syaithan  dan nafsu syahwat    ( Faatir 6 )
Kaafirin , Musyrikin , Munaafiqin , Dholimin , Faasiqin dan Jaahilin     ( Al baqarah 217 )
Kesengsaran dan penderitaan ( Al baqarah 214 ) 
Kekayaan dan kemewahan ( At Taubah 24 )
Ketakutan dan kegopohan ( Al Baqarah 155 )
Anak pinak , pasangan ( suami isteri ) dan kaum keluarga ( At taghabun 14 )

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

( فاطر  6 )

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

وَلا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنْ اسْتَطَاعُوا وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

( البقرة  217 )

Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (buat selama-lamanya).

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمْ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ 

( البقرة  214 )

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنْ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

( التوبة   24 )

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنْ الأَمْوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرْ الصَّابِرِينَ

( البقرة  155 )

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

( التغابن  14 )

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Bergelut dan berhempas pulas untuk memenangi atau melepasi tahap  dan paras ujian – ujian tersebut dinamakan perjuangan . Berasaskan pendedahan dan penegasan Ilahi melalui wahyunya ,  jelas  kita tidak mempunyai helah dan alasan untuk mengelak  diri daripada  berjuang merentasi tribulasi demi sebuah kemenangan buat  Islam dan ummatnya .

Berpeluk tubuh  ( tanpa  perjuangan ) dengan menyaksikan  konspirasi musuh - musuh Allah beraksi  memusnahkan ummah hingga ke akar umbi[1] , membiarkan ummah menjadi mangsa  fatamorgana dunia  dan syahwat serta akur  terhadap  manipulasi  golongan opurtunis untuk  melemahkan ummah dari dalam , adalah merupakan jenayah  yang paling kejam dilakukan oleh seorang muslim.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنْ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلا قَلِيلٌ  إِلا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلا تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ  

( التوبة   38 – 39 )

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

1 – 2   :  Perjuangan satu kebanggaan  .

Melibatkan diri dengan perjuangan suci ini ( demi menganut ,  mengamal dan mendaulatkan syariat Allah ) adalah satu kebanggaan justeru  ia adalah pelaksanaan arahan dan  amanah  Ilahi .

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنْ انتَهَوْا فَلا عُدْوَانَ إِلا عَلَى الظَّالِمِينَ

( البقرة   193 )

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

لا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُلا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَى وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا   دَرَجَاتٍ مِنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

( النساء  95 – 96 )

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

( الصف  14 )

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

Dari Abi Hurairah  rha. sabda Rasulullah saw.

مَنْ مَاْتَ وَ لَمْ يَغْزُ وَ لَمْ يُحَدِّثْ نَفْسُهُ بِالْغَزْوِ مَاْتَ عَلى شُعْبَةٍ مِنَ النِّفَاقِ

Barangsiapa  yang mati  sedang ia  tidak berperang ( berjuang ) dan tidak juga merencana  untuk berperang ,  matilah ia  di  atas satu  cabang  dari  cabang nifaq.
( Riwayat  Imam Muslim )

Berbanggalah mereka  yang berintima’ (  menyatu diri ) dengan gerakan Islam untuk  meneruskan perjuangan suci para Rasul as. sekalipun mereka  terpaksa menghadapi pahit getir  dan susah  sukar perjuangan ini [2] .

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنْ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمْ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنْ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمْ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ 

( التوبة  111 )

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

1 – 3  :  Optimis terhadap kemenangan Islam

Ketuanan dan kemenangan Islam adalah suatu yang pasti dan mesti  diyakini oleh semua  pihak . Meragui kemenangan Islam hanyalah menumbuhkan  bibit – bibit putus asa , kecewa dan lemah jiwa  dalam menghadapi gelombang perjuangan yang tentunya amat mencabar.

Lihatlah bagaimana baginda  Rasul  saw. mempunyai  sikap yang  sangat optimis  terhadap masa depan perjuangannya.

Peristiwa Baginda  saw. di Gua  Thur[3]

Peristiwa ini  merakamkan bagaimana Baginda saw. menenangkan sahabatnya Saiyidina Abu Bakar rha. yang  kebimbangan terhadap nasib mereka  sejurus mereka dikepong oleh orang kafir  musyrikin ( sewaktu mereka  berada di  dalam gua  tersebut ) . 

Baginda saw. dengan sikap  yang sangat optimis terhadap pertolongan Allah swt. telah menegaskan kepada sahabatnya  bahawa “ jangan bimbang sesungguhnya  Allah bersama  dengan kita ” Peristiwa ini dirakam oleh Allah dalam Al Quran dengan firmanNya :

إِلا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

( التوبة  40 )

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Peristiwa Baginda saw. di buru  Suraqah

Sekali lagi Baginda saw. mempamerkan  sikap optimisnya  yang  sangat  kental apabila baginda saw. mengemukakan tawaran  yang sangat  menakjubkan kepada Suraqah bin Malik apabila Suraqah  ternyata tidak lagi berupaya untuk terus memburu Baginda saw.

Rasulullah saw. menawarkan dua gelang maharaja Parsi kepada Suraqah , sedang Baginda saw. masih lagi berada dalam perjalanan ke Madinah .  Waktu itu Rasulullah saw.  tidak memiliki  kerajaan dan tentera  yang kuat untuk menumpaskan kerajaan Parsi.  Sementara  untuk mendapatkan  dua gelang maharaja Parsi itu pula baginda saw. terlebih dahulu mestilah  menewaskan Kisra  bin Hurmuz dan kerajaannya  , lantaran dua  gelang maharaja Parsi itu  adalah tanda kebesaran kerajaan Parsi .

Tawaran baginda saw. jelas menunjukkan  betapa  Baginda begitu optimis terhadap masa  depan Islam, di mana Islam pada  suatu masa  kelak akan berjaya  mengalahkan Parsi ( sang kuasa  besar dunia  ketika  itu .)

Akhirnya  ia menjadi satu kenyataan di  zaman Saiyidina Omar Al Khattab rha. apabila ia berjaya meruntuhkan empayar Parsi lantas  memanggil Suraqah bin Malik  untuk memakaikan gelang Kisra kepadanya  seraya mengajar Suraqah agar berkata [4]:

الحمْدُ ِللهِ  الذي سَلَبَهُمَا كِسْرَى ْبنُ هُرْمُزْ الذي كانَ يَقُوْلُ اَناَ رَبُّ النَّاِس وَ اَلْبَسَهُمَا سُرَاقَةَ ْبنِ مَالِكِ .

“ Segala puji bagi Allah , Tuhan  yang telah merampaskan keduanya dari Kisra  bin  Hurmuz yang pernah berkata , akulah tuhan kepada  manusia dan tuhan telah memakai keduanya kepada Suraqah  bin Malik”

Baginda Rasul saw. turut  mengisytiharkan  masa depan Islam yang gemilang  melalui hadisnya yang diriwayatkan  dari  Abu Hurairah rha. Sabda  Rasulullah saw [5]:

لا تَقُوْمُ السَّاعَةُ  حَتَّى يُقَاتِلَ المُسْلِمُوْنَ اْليَهُوْدَ فَيَقْتُلُهُمُ المُسْلِمُوْنَ حتى يَخْتَبِئَ اْليَهُوْدِيُّ مِنْ وَرَاءِ  الْحَجَرِ وَ الشَّجَرِ فَيَقُوْلُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ  يَا عَبْدَ  اللهِ  هَذَا  يَهُوْدِيٌّ  خَلْفِيْ فَتَعَاْلَ فَاْقْتُلْهُ ِإلا الْغَرْقَدْ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ  الْيَهُوْدِ

( رواه مسلم )

“ Tidak akan berlaku  qiamat sehinggalah orang – orang Islam memerangi  orang  - orang yahudi  sehingalah Yahudi bersembunyi  di sebalik batu dan pokok maka berkatalah batu atau pokok : Wahai Muslim , Wahai Hamba Allah , Ini Yahudi  sedang bersembunyi  di belakangku maka  datanglah  lalu  bunuhlah ia , kecuali pokok Gharqad maka  sesungguhnya  ia adalah pokok yahudi ”

Hadis ini jelas melakarkan  wajah kemenangan Islam di masa  depan . Sungguhpun  hari ini Yahudi sedang bermaharajalela , tetapi  tidak bermakna mereka kekal menguasai ummat Islam .  Berundurnya Yahudi dari  Labenon satu petanda  awal  bahawa Yahudi  boleh dikalahkan [6].

Allah pasti sahaja  menolong dan mengurniakan kemenangan kepada agama Islam dan penganutnya sekalipun di sana pelbagai  usaha  dari pihak musuh - musuh Allah yang gigih menghalang kebangkitan  ummah.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ رُسُلا إِلَى قَوْمِهِمْ فَجَاءُوهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَانتَقَمْنَا مِنْ الَّذِينَ أَجْرَمُوا وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ 

( الروم   47 )

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.

يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

( التوبة   32 )

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Islam yang kita bawa  dan perjuangkan hari ini adalah Islam yang sama sebagaimana  Islam yang dibawa oleh Baginda saw. dan nabi – nabi terdahulu . Justeru itu tidak ada  sebab  mengapa kita  tidak yakin terhadap masa depan Islam yang gemilang  sedang Baginda saw. sangat - sangat yakin walaupun nyawa Baginda saw. senantiasa terancam .

Nabi Allah Ibrahim  as.  berjaya menumpaskan  Rejim Namrud ,  raja yang  memerintah  dunia ketika itu . Nabi Musa as. berjaya menewaskan Rejim Firaun , raja  yang mengaku dirinya tuhan . Sementara nabi kita Muhammad saw. pula  berjaya mengalahkan kuffar musyrikin yang dibantu oleh Yahudi  dan Nasara .

Maka apalah sangat sukarnya untuk kita menundukkan  BN yang kian hari kian merosot  sokongan  rakyat terhadap mereka . Tanda – tanda kejatuhan empayar BN tampak jelas sebagaimana jelasnya tanda – tanda kemenangan untuk menjulang Panji Perjuangan Suci .

Namun begitu , suatu kedudukan yang mesti difahami dan diinsafi oleh setiap individu pejuang ,  bahawa kalah - menang dalam pilihanraya dan gagal – jaya  dalam  usaha  dakwah bukanlah menjadi hitungan akhir kita , sebaliknya perjuangan diteruskan sehingga Allah menentukan saatnya .

أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ 

( البقرة  214 )

“ Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah ( kemenangan ) amat hampir ”


Kekalahan dalam pilihanraya  tidak bermakna Islam itu kalah dan salah , malah Islam adalah cara hidup yang wajib dilaksanakan . Sungguhpun konspirasi musuh kian sengit dan getir , Allah tidak  lalai dari menyelamatkan agamaNya .

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 

(  الأنفال   30 )

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. 

Apa yang penting  anggota , kepimpinan dan jentera kita  sewajarnya terus beristiqamah dan memberi komitmen kepada syarat – syarat kemenangan seperti ikhlas , dengar dan taat , pengorbanan yang tinggi , kombinasi tenaga yang utuh , taqarrub kepada Allah , pertahankan prinsip  dan seterusnya bermunajat kepada Allah swt.

.....bersambung .....
___________________________________________________________________________________________


[1] Melalui program hiburan , menyekat majlis ilmu dan ceramah ,  menyuburkan budaya maksiat seperti judi , kedholiman , penindasan dan sebagainya .

[2] Ada  dikalangan pejuang dan aktivis  PAS / Barisan Alternatif yang dibunuh mati seperti Cikgu Tahrim  Ariffin , Samad Gol , Othman Talib , Ustaz Ibrahim Libya dan  rakan rakannya ,  ada yang ditangkap dan diseksa seperti Al Marhum Dr. Burhanudin Al Helmi , Syed Husin Ali , Mohd Sabu , Buniamin Ya’acob , Mahfoz Omar , Salahudin Ayyub  , Ezam Mohd  Nor  dan ramai lagi . Juga  tidak kurang mereka  yang  diianaya dengan  tindakan dholim  dan kejam seperti tarik subsidi , potong biasiswa ,  pecat , tukar  ke pendalaman dan seumpamanya. Termasuklah penggunaan gas  pemedih mata dan air kimia sebagai jalan mudah untuk mengganggu dan menyuraikan majlis perhimpunan aman yang  dianjurkan oleh Barisan Alternatif.

[3] Untuk keterangan lanjut sila rujuk kitab Fiqhul Harakah  dari Sirah An –Nabawiyyah karangan  Y.A.B Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang  ( Menteri  Besar Terengganu ) – Muka surat   240 - 245

[4] Rujuk Kitab Fiqhul Harakah  dari sirah  An Nabawiyyah karangan Y.A.B Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang   –   Muka surat  246 .

[5] كتاب الفتن و أشراط الساعة  باب  لا  تقوم الساعة حتى يمر الرجل بقبر الرجل فيتمنى أن يكون مكان الميت من البلاء         

Shohih Muslim

[6] Demikian halnya dengan penguasaan Umno dan BN yang tidak mahu mendaulatkan Syariat Allah swt. sejak lebih 40 tahun mereka berkuasa di Malaysia , bahawa mereka jua boleh dikalahkan ekoran kekalahan  mereka  dengan begitu teruk di Kelantan dan Terengganu serta kemerosotan majority  undi mereka yang sangat ketara  di seluruh negara.


Sumber


AdyanaNur
15 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa

No comments:

Post a Comment

KakiBlog