Tuesday, November 11, 2014

Jodoh Itu Rahsia Allah

Bismillah
Assalamu'alaikum

Tinggal baki sebulan lebih sahaja lagi untuk masuk ke tahun 2015. Tahun 1436 Hijrah sudah hampir 20 hari. Cuti sekolah pun tidak lama lagi. Yang pastinya, undangan ke majlis walimah sahabat-sahabat sudah berkeping-keping, malah tarikh yang sama pun ada. Saya ni, paling kurang dua majlis sahaja sempat sampai dalam masa sehari. Kalau satu kawasan boleh la tiga majlis. Apa pun saya gembira jika diberi kesempatan untuk sama-sama meraikan hari bahagia sahabat-sahabat.

Angah Win Izyan Mazni Siti Hawa Khairul Najwa Shuhada Tajudin Amira Afifah Kak Hafsah

Soalan biasa di majlis perkahwinan bagi yang belum berkahwin ni, akan ditanya soalan yang memang tak boleh elak. Bila pula majlis diri sendiri. Senyum sengih gelak dan mengelak. Aduhai, susah nak jawab, seperti susahnya nak beritahu tarikh kematian kita, begitu jugalah soal jodoh.Jodoh, merupakan rahsia besar Allah buat hambaNya. Cepat ataupun lambat, inshaAllah jodoh itu pasti akan datang. Yang pasti kita cuba merancang yang terbaik untuk kehidupan ini, sudah pasti perancangan Allah itu adalah yang terbaik dan mengatasi jangkauan ilmu yang kita miliki.




Bercinta bukanlah syarat untuk mendapat jodoh. Benar bukan? Tidak perlu pada ucapan-ucapan cinta sayang dan perbuatan yang romantis sehingga ada yang bercinta sakan sehingga semua orang tahu tentang mereka, keluar berdua, bergayut, tetapi akhirnya ke mana mereka? Bercinta bukanlah passport menjadikan kita ada jodoh dengan pasangan yang diinginkan, tetapi itu semua sekadar mengikut hawa nafsu semata. 



Saya belum berkahwin sehingga tulisan ini ditulis dan saya berdoa dan berharap saya mendapat jodoh mempunyai latar belakang diri dan keluarga yang baik, soleh, mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Saya tahu, perkahwinan  bukan sekadar mencari pasangan hidup, tetapi bakal ibu ayah kepada zuriat yang akan diamanahkan Allah di kemudian masa nanti. Sementara masa yang masih ada sebelum diamanahkan menjadi isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak nanti, perlengkapkanlah diri dengan akhlaq yang baik, ilmu yang berguna, hatta sehingga selepas berkahwin pun banyak lagi yang perlu dipelajari.

Dalam kitab كي لا نمضي بعيدا عن احتياجات العصر karangan Syeikh Said Hawwa. m/s 48 cetakan Darul Salam (Cetakan ketiga 1992) ada menggariskan  sepuluh perundangan Usrah Muslimah yang wajib dilaksanakan.

Qanun 1: Kebersihan dan Kesucian ( النظافة و الطهارة )
Qanun 2: Sistematika , Penyusunan &
Kekemasan ( التنظيم و الترتيب و حسن الههيئة )
Qanun 3: Ketenteraman dan Kerahsiaan( خفض الصوت و كتمان الأسرار )
Qanun 4: Sistematika Ilmu dan Ibadah ( تنظيم العلم و العبادة )
Qanun 5: Belanjawan ( الإقتصاد في الطعام و الشراب )
Qanun 6: Komunikasi dan Interaksi ( العلاقة و آداب التعامل )
Qanun 7: Kesihatan dan Pergerakan Jasmani ( العناية بالصحة و الرياضة )
Qanun 8: Kawalan penghuni dan Nahi Mungkar ( حماية البيت و أهله من الشذوذ )
Qanun 9: Kejiranan dan Tetamu ( الإحسان إلى الجار و إكرام الضيف )
Qanun 10: Keluar Masuk ( مراعاة الأدب في الدخول و الخروج )

Belum lagi bab Tarbiyatul Awlad, belum lagi tentang pengurusan kewangan rumah tangga. Ambillah masa menambah ilmu daripada membuang masa mengeluh tentang jodoh yang belum tiba. Berbuat baik kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi selepas berkahwin kerana masa perlu dibahagi dua dan tiga. 

Sentiasa berpesan pada diri, masa yang ada inilah ibu-bapalah yang pertama dan Allah dan Rasul yang utama. 


رب لا تذرني فردا وأنت خٌيُرْالوارثين
 21:89

Dia Maha Tahu, dan kita hanya berusaha :)


AdyanaNur
18 Muharam 1436
Kampung Baung
Pengkalan Chepa



No comments:

Post a Comment

KakiBlog