Thursday, December 15, 2011

Sambutan 24 tahun HAMAS

HAMAS tidak muncul secara tiba-tiba.Kemunculannya juga bukan kerana kekecewaan sesetengah golongan pada Fatah seperti yang pernah didakwa. 

HAMAS juga bukan gerakan yang dicipta oleh Likud bagi memporak perandakan masyarakat Palestin seperti yang difitnah oleh sesetengah yang lain.

Gerakan HAMAS merujuk pada perjuangan yang panjang. HAMAS menegaskan yang perjuangan mereka kembali kepada perjuangan Syeikh Izzuddin al-Qassam semasa Revolusi Palestin 1936. 

Yang pasti, perjuangan HAMAS seperti yang diterangkan dalam perlembagaan mereka adalah berasal daripada gerakan Ikhwan al-Muslimin (IM). Gerakan IM ditubuhkan di Mesir seawal tahun 1928.

Sempena penubuhan HAMAS tahun ke-24 sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM memperincikan perangkaan misi jihad sejak tahun 1987:

AL-QASSAM telah menyumbang 1,848 anggota tenteranya yang syahid.1117 misi jihad telah dilaksanakan, 87 dari misi tersebut adalah operasi amaliat istisyhadiah.Misi jihad AL-QASSAM mengakibatkan 1356 orang warga zionis maut dan mencederakan 6411 orang zionis yang lain.

Sebanyak 11093 roket dan peluru mortar telah dilancarkan ke lokasi-lokasi sasaran kepentingan zionis.

Sambutan 24 tahun HAMAS di Gaza bagi saya sungguh bertenaga sekali.Yang menarik, Ismail Haniyeh digelar Al-Fateh Jadid kerana pastinya HAMAS akan membuka pintu Masjid Al-Aqsa, inshaAllah.Saya sungguh teruja!

Saya bercita-cita mahu ke sana, kita pasti akan dapat solat di Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti.Insha Allah.


Ucapan Ismail Haniyeh di Sambutan 24 tahun HAMAS di Gaza

No comments:

Post a Comment

KakiBlog