Monday, September 29, 2014

PRK N 01 Pengkalan Kubor


Jadual kami padat dengan aktiviti
Bermula pagi hingga tenggelam matahari

MUSLIMAT HEBAT TEGUH PERIBADI
Demi Islam yang amat disayangi


Bismillah.
Assalamu’alaikum

Alhamdulillah selesai sudah PRK N01 Pengkalan Kubor. PRK ini merupakan PRK kedua saya terlibat sebagai pentumas.Sebelum ini di Sungai Limau.
Walaupun PAS belum menang di sini, namun usaha untuk memenangkan sangat dihargai.Lihat sahajalah jentera muslimat semua tidak pernah jemu bekerja samada sebelum PRK sehinggalah ke hari ini. 

Satu perkara yang saya rasa perlu disemai di sini ialah, didiklah TARBIAH ISLAM (Usrah, kuliah agama, kelas fardhu ain) kepada masyarakat di sini. PASti ISLAM akan dipilih nanti

Bakti Siswa Mesir 2014


Bismillah.
Assalamu’alaikum



Tentang gambar : Kami saling mengenali pada 2006 atas nama senior dan junior MMP.
Kami satu batch ke Mesir.
Program pertama KPKM kami bekerja satu team ketika SPEKTRUM 2008.
Kali ini buat pertama kali selepas 6 tahun kami bekerja sekali lagi untuk BAKTI 14.
Menariknya gambar kami di kad urusetia adalah gambar jubah konvo :)
Semoga kami istiqomah.


Alhamdulillah.Selesai sudah BAKTI SISWA 2014. Program yang telah dirancang lebih kurang sebulan dengan beberapa tarikh cadangan, akhirnya 10-14 September 2014 menjadi pilihan. Memandangkan Pengkalan Kubor menghadapi PRK, banyak slot BAKTI 14 dihazafkan.Namun begitu tidak mematahkan semangat urusetia BAKTI untuk meneruskan gerak kerja dengan jayanya.

Tak sangka.Saya tak sangka saya boleh fulltime di BAKTI 14, fulltime dengan tidak full commitment.Ada lebih dan ada kurang BAKTI 2014 dengan PBSM 13. Keduanya mempunyai pro dan kontra yang tersendiri.Pastinya meninggalkan kenangan yang paling indah di sini kerana dua minggu lebih saya berada di sini.

Terima kasih kepada semua urusetia BAKTI 14 kerana memberi peluang kepada saya untuk 'menyibuk' di BAKTI 14.Tidak lupa kepada urusetia akhowat yang tidak pernah tutup telinga setia mendengar bebelan saya :p
Saya paling lucu bila ada urusetia akhowat yang asalnya tidak mengenali saya, mereka menyangka saya ni bekeng mengalahkan harimau lapar.Kesiannya. Sehinggakan ada yang mengusik mereka dengan mengatakan saya itu ini bla bla dan bla.

Apa pun saya seronok dan enjoy dengan BAKTI 14.
Boleh singgah page FB BAKTI 

Saturday, September 27, 2014

Hijab : Qatar menarik diri

Bismillah 
Assalamualaikum


Pemain bola keranjang wanita Qatar memilih untuk berundur dan diumumkan kalah ketika berlawan dengan Mongolia dala perlawanan bola keranjang Asian Games 2014 di Hwanseong Sport Kompleks pada 24 Sept berikut mereka menolak untuk membuka tudung yang dikenakan oleh penganjur pertandingan.

Bila undang-undang manusia  mengatasi undang-undang Allah. Saya teringat Nisa' Games :)












Tuesday, September 2, 2014

Pamplet

Bismillah
Assalamu'alaikum

Belajar buat pamplet ketika di MMP.Hebat staro mana pun komputer, tetap lari lipatan pamplet (Melainkan guna software adobe dan sewaktu dengannya)

Yang mudah, buat, print, gunting, tepek dan fotostat.

Pamplet yang dikumpul di Mesir, baru separuh ni :)


Pagi ni terjumpa koleksi ini dalam buku catatan ketika menjadi sebahagian daripada keluarga Hewi DPMM 

Pernah ditanya, bakpo rajin simpan pamplet ni? 
Kerana ambo tahu betapa 'menderitanya' nak buat pamplet dengan kalam ucapan (Menunggu dua tiga hari), pengenalan,sejarah, ejaan nama urusetia.



Monday, September 1, 2014

Tersenyumlah dan berbahagialah

Bismillah 
Assalamu'alaikum


# Fayyoum 28 Julai 2010

Tersenyumlah dan berbahagialah 

HIDUP adalah keINDAHan tersendiri..

Ia memberimu LUKA, 
agar kau Belajar untuk BERTAHAN..

Ia memberimu DUKA, 
agar kau Belajar untuk TEGAR..

Ia memberimu CINTA, 
agar kau Belajar untuk BERANI dan
BERKORBAN pada saatnya.


Bila HIDUP memberimu LUKA, 
Kau hanya perlu TERSENYUM,
tanda kau mampu BERTAHAN atasnya

Bila HIDUP memberimu DUKA, 
Kau hanya perlu TERSENYUM, 
mungkin dengan sedikit Tangis, 
agar kau bisa melaluinya..

Ketika HIDUP memberimu CINTA, 
kau hanya perlu TERSENYUM 
dan mengambil Kesempatan 
atau mempersilahkannya

TerSENYUMlah, 
TerSENYUM..
Dengan begitu, 
Kau bisa BAHAGIA dalam HIDUP

TerSENYUMlah, 
TerSENYUM..
karna setiap Kesulitan, 
Pasti ada Kemudahan

TerSENYUMlah, 
TerSENYUM..
dengan begitu kau tahu, 
ada KEKUATAN dalam dirimu...

Entri ini saya pernah post di facebook khas untuk Zaty Asma Salsabiela. Apa khabar Zaty ketika ini...? Berhubung dengan Zaty rasa seperti berada di zaman batu dan zaman P Ramlee ketuk botol baru berbunyi. Hihi. Jangan marah Zaty ^_^
KakYana sayang ko awok <3

Sumber
KakiBlog