Bismillah
Assalamua'laikum
Takde modal nak post.
Kenangan pindah rumah...gara-gara nak pindah, terus jadi kena barrah...
Panas jugalah, masa tu saya Ketua Unit Perumahan HEWI yang kena barrah.
15 Nov 2007~check in Mujahidah 2
28 Nov 2008~check out Mujahidah 2 dan check in Zinnirah
30 Sept 2009-1 Dis 2009~check out Zinnirah dan check in Raudhatul Mutmainnah
1 Dis 2010~check out Raudhatul Mutmainnah Hayyu Syarq dan check in ....?
Apa pun masa saya banyak habiskan berada di Markaz 1.
Menjadi orang nomad di Mansurah sebenarnya sesuatu yang meletihkan, tetapi saya seronok ada ramai adik-beradik...
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka QS 9:42
Wednesday, August 24, 2011
Thursday, August 18, 2011
Belajar Dari Dua Umar
Bismillah
Assalamu'laikum
Alhamdulillah memiliki juga buku ni, tapi belum habis baca. Kirim melalui Achik Asiah. Saya pernah baca sedikit petikan daripada buku ini dari web Tranungkite.
“Jika rakyatku kelaparan, aku ingin jadi orang yang pertama merasainya.
Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir yang menikmatinya.”
Begitulah tuturkata indah yang pernah ditutur oleh lidah khalifah kedua umat Islam, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab tatkala beliau dihadiahkan makanan istimewa daripada Utbah bin Farqad,gabenor Arzerbaijan. Makanan yang terkenal paling lazat di Arzerbaijan ini diberi nama habish itu dibuat daripada minyak sapi dan kurma.
Sejurus makanan tersebut dihidang di hadapan khalifah, Saidina Umar lantas bertanya apakah nama makanan tersebut dan adakah seluruh rakyat di sana dapat menikmatinya..?
Beliau dimaklumkan bahawa makanan ini hanya dapat dinikmati golongan atasan.
Wajah Khalifah Umar berubah menjadi merah petanda marah. Maka, utusan yang datang itu diminta pulang ke negeri mereka dengan membawa kembali habish tersebut. Kepada gabenor, Saidina Umar menulis;
“………makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu."
Kisah ini terkandung dalam kitab Manaqih Amirul Mukminin yang dikarang oleh Ibn Qayyim Al-Jawziyah. Hasan Al-Basri, seorang ulama zuhud .
Islam : Kenyangkan Perut Rakyat
Umno : Kenyangkan Perut Kroni"
Sumber

Thursday, August 11, 2011
Fanus yang bercahaya itu...
Masyarakat Mesir sendiri mulai mengenal Fanus pada tahun 358 hijrah iaitu pada hari ke 5 di bulan Ramadhan, seorang ahli seni kraf lampu Fanus Al-hajj Abduh Sayyid mengatakan, awal digunakannya lampu Fanus ini ketika masyarakat Mesir menyambut kedatangan seorang gabenor pada masa Fatimiyah yaitu Muiz Li Diinillah yang memasuki Kaherah pada waktu malam, maka para penduduk Kaherah menyambutnya beramai-ramai dengan menyalakan lampu-lampu lentera (Fanus) untuk menerangi jalan-jalan dan juga teriakan (yel-yel) selamat datang khas masyarakat Mesir.
Diceritakan, peristiwa itu terjadi malam di bulan Ramadhan. Dan sampai sekarang sejarah menyalakan dan menghias lampu itu menjadi semacam tradisi yang masih berlangsung sampai sekarang.
Pada masa Fatimiyah lampu Fanus berubah dari fungsi aslinya untuk menerangi jalan pada waktu malam hari menjadi sebuah hiasan, di mana waktu itu anak-anak kecil berkeliling kampung sambil membawa lampu Fanus untuk menarik perhatian orang-orang sambil meminta hadiah, sampai pada akhirnya lampu Fanus ini menjadi ciri khas dan digunakan untuk menyambut datangnya bulan suci Ramadhan di Mesir.
Menurut salah satu sumber, Fanus ini mengandung falsafahnya yang tersendiri. Selain sebagai ungkapan kegembiraan menyambut Ramadhan, Fanus juga sebagai menjadi lambang bahawa lampu pada hakikatnya adalah sumber cahaya. Begitu juga dengan Ramadhan, kehadirannya diibaratkan sebagai lampu penerang dalam kehidupan kita. Setelah sekian waktu bergelut dengan kesibukan yang kadang mengaburkan pandangan kita. Kemudian datanglah "lampu Ramadhan" yang bakal mengawal langkah kita menuju jalan yang lebih terang, dalam bahasa Al-Qur’an disebut dengan nama "Taqwa."
Subscribe to:
Posts (Atom)