Thursday, October 25, 2012

9 Zulhijjah 1433



Hari ini -9 Zulhijjah- adalah hari A'rafah. Ia bukan hari biasa. Ia adalah hari yang sangat istimewa.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak ada suatu hari pun الله paling banyak membebaskan hamba-Nya dari neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." 

~ HR Imam Muslim رحمه الله.

Zikir pada hari A'rafah;
-------------------------

لا إلهَ إلا اللهُ وَحْـدَهُ لا شَريكَ له، لهُ المُلكُ ولهُ الحَمدُ، وهوَ على كلّ شيءٍ قديرٌ
La ilaaha illa Allahu wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu, wa huwa a'la kulli syai in qadir.

Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-nya semua kerajaan & segala pujian, dan DIA Maha Berkuasa atas tiap² sesuatu.

Perbanyakkan membaca zikir ini. Tapi kenapa zikir ini?

Kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sebaik² doa ialah doa pada hari A'rafah & sebaik² yang pernah aku sebut & para Nabi sebelumku ialah ucapan (zikir di atas)."

~ HR Imam Tirmidzi رحمه الله

* Sumber: Kitab al-Azkar oleh Imam an-Nawawi رحمه الله

No comments:

Post a Comment

KakiBlog