Saturday, March 23, 2013

Al-Ustaz Said Ramadhan dan Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti

Masih ramai yang tertukar dua tokoh ini.Mereka berdua mempunyai nama yang hampir sama, bezanya "Al-Bouti".

Bismillah.
Assalamu’alaikum

Al-Ustaz Sa'id Ramadhan rahimahullah (1929-1995M = 1345-1416H)
Al-Ustaz Sai'd Ramadhan (Abu Aiman) rahimahullah merupakan seorang ahli pidato dan pendakwah yg berasal dari Tanta, Mesir. Beliau ialah menantu kepada as-Syahid Imam Hasan al-Banna rahimahullah.

Beliau antara individu paling rapat dengan as-Syahid. Beliau juga merupakan pimpinan gerakan Ikhwanul Muslimin dan mempunyai jasa yg besar dalam perjuangan umat Islam di Palestin. Beliau ialah Setiausaha Peribadi kepada as-Syahid. 

Beliau diusir dari Mesir oleh regim Gamal Nasser cdan berpindah ke Arab Saudi dan mengasaskan Liga Islam Sedunia dan kemudian ke Geneva, Switzerland sebelum menghabiskan disertasi di University of Cologne pada tahun 1959. Di sana beliau menubuhkan Pusat Islam di Geneva. Kini anaknya Hani Ramadan menguruskan pusat Islam berkenaan. Seorang lagi anak beliau ialah Tariq Ramadan, tokoh Islam antarabangsa.

Beliau meninggal dunia pada 5 Ogos 1995. Sebenarnya, beliau bercita-cita untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan al-Baqi' di Madinah tetapi hasratnya ditolak oleh kerajaan Arab Saudi. Beliau akhirnya dikebumikan di tanah airnya, Mesir yg tidak dimasuki sejak 1954. Al-Fatihah.

Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti (1929-2013
Said Ramadan dilahirkan pada 1929 di perkampungan Turki. Appbila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam. Kini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa.

Beliau merupakan tokoh Islam yang disegani yang dipilih oleh Anugerah Al Qur’an Antarabangsa Dubai sebagai “personality dunia Islam” pada tahun 2004.
dan telah menulis tidak kurang dari 60 buku dalam bidang fiqh, usulfiqh,kesusasteraan, falsafah, sosiologi. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.

Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti sebelum ini dikatakan cenderung kepada rejim Basyar, namun sejak akhir-akhir ini beliau banyak mendoakan agar tentera Basyar bertaubat dan kembali kepangkal jalan. Dilaporkan juga sebelum beliau dibunuh, beliau telah merancang untuk keluar daripada Syria tetapi dikawal ketat oleh rejim Basyar yang tidak membenarkan syaikh keluar daripada Syria.Beliau sebenarnya sudah merancang untuk memumumkan pendirian beliau bersama perjuangan rakyat dan untuk menentang rejim pada hari Jumaat keesokannya. Tetapi rejim Basyar telah membunuhnya pada hari Khamis sehari sebelum Syaikh mengumumkan pendirian beliau.






No comments:

Post a Comment

KakiBlog