Tuesday, March 31, 2015

PMRAM Tetap Di Hati

Bismillah 
Assalamualaikum.

Saya tidak berniat untuk menulis tentang ini. Tentang pembekuan PMRAM di Mesir. Boleh baca di sini dan di sini. Tapi rasa terpanggil untuk menukil sedikit rasa sedih di hati. Hari ini telah menjadi sejarah berulang. Semoga tangan-tangan yang jahat mendapat balasan yang setimpal.

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.


Surah AsSof ayat 8 - 9


Pernah ditanya kenapa PMRAM sentiasa disebut saya, sedangkan sudah dua tahun (Kini tiga tahun) saya meninggalkan bumi Mesir itu. 


Saya jawab, PMRAM pernah menjadi sebahagian hidup saya, dan saya merasakan tempoh saya berada di Mesir adalah sebahagian masa dalam hidup saya. Terasa lama walaupun empat tahun cuma.

Sudah pasti saya amat merindui PMRAM dan Mesir yang membesarkan saya seperti hari ini. PMRAM banyak membantu kerja buat saya sehingga kini. Tema Belajar dan Beramal , Belajar dan Berbakti sangat sebati dan dekat di hati.

Saya amat merindui Mesir. Apa-apa yang hal, atau berita yang berlaku di Mesir, saya memang beria-ia untuk mengetahuinya. 

Saya berdoa semoga Allah sentiasa menjaga PMRAM dan MESIR. Ujian untuk PMRAM sangat hebat dulu hingga kini, tidak pernah sunyi. Semasa di sana, dan selepas pulang ada satu hal yang saya sangat ingat. Allah tak buat satu perkara yang sia-sia, saya yakin dengan didikan PMRAM dan Mesir akan lahir insan-insan hebat yang akan berjuang di Malaysia nanti.

No comments:

Post a Comment

KakiBlog