Saturday, February 10, 2018

Pilihan Yang Tiada

Bismillah.
Assalamualaikum.

Akhirnya post juga entri ini. Sudah tiba masanya...



PILIHAN YANG TIADA

Berat rasa hati
Sukar melepaskan kau pergi.
Dengan segunung kenangan seperti ini, 
Tak berdaya rasanya, 
Tak mungkin mampu melupakanmu  sekelip mata.
Lalu aku tertanya-tanya.. 
Rindu ini nanti mahu ku curahkan ke mana? 
Kasih yang telah berputik mahu ku serahkan pada siapa? 
Atau perlukah ku punahkan begitu sahaja? 

Sungguh
Tak mudah aku jatuh hati
Tak pernah murah nilai tiket di sisiku ini
Lalu saat ada yang serasi
Saat rasa itu datang
Tak mudah juga untukku buang.
Sayang! 

Namun apakan daya, 
Pilihan yang aku ada bernama tiada
Maka, kerana yakin ketentuan Allah, 
Ku pujuk hati untuk redha
Engkau pergilah. 
Tak mengapa.
Aku baik-baik saja.

#BondaNor


KakiBlog