Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru!

64 Tahun Nakbah Palestin



Bismillah.
Assalamu'alaikum

NAKBAH bermaksud malapetaka, bencana besar dan kecelakaan. Nakbah Palestin merujuk kepada peristiwa orang-orang Yahudi kembali ke bumi Jerusalem secara beramai-ramai dantertegaknya negara haram Zionis Israel di Palestin yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 serta diikitiraf oleh Amerika Syarikat.




Tertubuhnya Negara Haram Israel pada tahun 1948 juga merupakan petanda besar kepada kemusnahan dunia. Kembalinya golongan Yahudi ke bumi suci ini juga merupakan derita tangis ke atas umat Islam yang belum bernoktah sehingga ke hari ini. Orang-orang Yahudi dihalau oleh Allah SWT 2000 tahun yang lampau akibat perbuatan mereka membunuh para Nabi AS, membuat kerosakan di muka bumi serta mengingkari perintah daripada Allah SWT.

Penubuhan Zionis Antarabangsa dan Deklarasi Balfour

Pertubuhan Zionis Antarabangsa telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1897 melalui persidangan pertamanya di Basel. Pertubuhan ini telah melantik Theodor Herzl sebagai Presiden yang pertama. Tujuan utama ditubuhkan pertubuhan ini adalah untuk mendirikan sebuah negara sekular moden bagi bangsa Yahudi. Maka beberapa perancangan dan strategi telah diaturkan untuk menjadikan agenda jahat mereka berjaya. 

Beberapa strategi telah disusun untuk menimbulkan simpati serta persetujuan House Of Common di Britain. Hasil daripada itu, satu deklarasi persetujuan dan sokongan oleh Britain dikeluarkan yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour pada November 1917. Ia juga telah dibincangkan secara mendalam dan teks rasminya diputuskan pada 31 Oktober 1917 oleh Kabinet Perang di London. Pada waktu itu juga, berlakunya serangan tentera British bagi menawan Palestin.

Palestin secara rasmi jatuh ke tangan penjajah pada era moden ini setelah mana ia jatuh ke tangan British yang menjajah tanah suci tersebut. British di bawah pimpinan General Allenby berjaya menawan  Palestin daripada naungan empayar Khalifah Uthmaniyah. Beliau berjaya menawan Palestin pada Disember 1917 setelah memulakan serangan bermula 31 Oktober 1917. Pada tahun 1919, selepas Perang Dunia Pertama Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British,  British akhirnya berjaya menumpaskan Empayar Khilafah Uthmaniyah. Maka rentetan daripada itu, bermulalah perpindahan secara besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin di bawah naungan British dari tahun 1918-1947.

Penubuhan Negara Haram Israel

Pada 14 Mei 1948, Ben Gurion mengadakan upacara di Tel Aviv Muzium untuk mewartakan kelahiran negara baru iaitu Israel. Dalam pada itu, keganasan Israel terus memuncak ke atas penduduk Palestin. Pada hari berikutnya iaitu 15 Mei, selepas British keluar secara rasmi dari Palestin, kumpulan pengganas Yahudi Irgun telah menyerang bandar Jaffa. Ia seakan pembantaian di Deir Yassin, malah ia lebih teruk daripada itu dimana telah menyebabkan 70 ribu penduduk Arab di kawasan bandar melarikan diri.

Apa yang menjadi dorongan kepada Israel adalah selang beberapa minit selepas pembentukan negara baru ini, Presiden Amerika Syarikat Harry Truman memberikan sokongan diikuti oleh negara-negara lain seperti Britain, Romania dan Uruguay. Malah dua hari selepas itu, beberapa negara lain Soviet Union, Poland, Ireland dan lain-lain negara telah mengiktiraf kewujudan Israel. Secara rasmi, sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel adalah 31 Januari 1949. 

Tel Aviv Hari Ini

Sejak kelahiran negara haram Israel 64 tahun yang lalu, dunia telah memerhatikan dengan penuh kehairanan bagaimana orang-orang Yahudi telah mengembangkan negara Israel mereka yang berasaskan sekular dan bukannya berasaskan agama. Telah banyak kerosakan yang dilakukan oleh mereka termasuk riba, zina, penindasan, kerosakan moral dan nilai-nilai yang tidak mengikut ajaran Tuhan. 

Adakah bumi yang pernah dipijak oleh para Anbiya ini rela dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh golongan Yahudi hari ini. Jawapannya tidak!,  Mereka akan dihukum oleh Allah SWT sekali lagi, dan mereka akan melihat kemusnahan yang terbesar yang tidak dapat mereka bayangkan sebelum ini serta pertempuran yang paling dahsyat antara orang-orang Muslimin dan Yahudi.

Hal ini belum berakhir, pandangan umum kelihatan seolah-olah Israel telah dikepung oleh orang-orang Arab dan sedang mengambil langkah-langkah untuk melindungi dirinya dari disembelih oleh orang-orang Arab.Hakikatnya setelah kemusnahan Kem Pelarian Jenin dan penyembelihan orang-orang Arab, Israel pada hari ini sedang bersiap sedia untuk mencetuskan satu peperangan besar ke atas orang-orang Arab untuk menambahkan lagi keluasan tanah jajahan dan ruangan strategiknya di kawasan Timur Tengah agar menyamai keluasan wilayah Tanah Suci Biblikal, iaitu dari sungai di Mesir (penguasaan Terusan Suez) hingga ke Sungai Euphrates (penguasaan minyak di Timur Tengah). Inilah cita-cita dan impian Yahudi la'natullah.

Mereka juga sangat obses dengan Tanah Suci serta berusaha kearah memusnahkan Masjid Al-Aqsa  kerana mereka meyakini Nabi Penyelamat Agung akan turun menyelamatkan mereka serta menjadikan Yahudi bangsa yang terhebat dan akan memerintah dunia dari Jerusalem seperti zaman kegemilangan Nabi Daud dan Sulaiman. Tetapi sangkaan mereka silap sama sekali, Nabi Penyelamat Agung yang dipercayai mereka itu sebenarnya adalah Al-Masih Ad-Dajjal yang akan memimpin orang-orang Yahudi dan akan melakukan penipuan terbesar dalam sejarah akhir zaman.

Kemenangan Pasti Tiba

Biar sehebat mana pun perancangan musuh Allah untuk menghancurkan Islam, dan biar sehebat mana pun ujian dan fitnah yang menimpa muslimin pada hari ini, jangan sesekali kita lupa bergantung harap pada Allah SWT. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Semoga usaha, pengorbanan, darah kita menjadi saksi di akhirat kelak bahawasanya inilah buktinya kasih dan cintanya kita pada agama suci ini.

Akhirnya, genggamlah nukilan kata semangat waja yang dinyatakan oleh pakar sejarah dan pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani :
"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir." 

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


Sumber : www.pmram.org



KakiBlog