Wednesday, November 25, 2015

Rufaidah binti Sa’ad Pakar Perawat Muslimah Zaman Rasulullah SAW

Bismillah

Assalamualaikum.

Entri kali ini adalah kerana rasa tiba-tiba teringat kepada seorang rakan yang mengenalkan saya kepada tokoh serikandi Rufaidah binti Sa'ad ini. Terus saya namakan serikandi sebagai tajuk pengisahan tokoh serikandi pada Nisa' Circle kali ini. Kisah ini bersmberkan beberapa sumber dan akhirnya terhasillah ringkasan ini. Jazakillah Ateh Syima :) dan semoga bermanfaat kepada peserta Nisa' Circle bulan ini.

Terimalah, 

Rufaidah binti Sa’ad Pakar Perawat Muslimah Zaman Rasulullah SAW

MUKADIMAH 

Dunia barat tersohor dengan jururawat pertamanya yang bernama Florance Nightingale sehinggakan beliau telah diwar war kan sebagai tokoh jururawat dunia yang tersohor . Beliau dilahirkan di Itali pada 12 Mei 1820. 
Dikenali sebagai “The Lady with The Lamp” kerana bekerja gigih merawat askar-askar British yang luka ketika perang dan beliau mengasaskan Pendidikan Kejururawatan di St Thomas Hospital (1860), London dan meninggal dunia pada 1910.

Setelah Rasulullah menyebarkan risalah Islam, ramai tokoh ilmuwan lahir di bidang falsafah, astronomi, matematik dan bidang kesihatan. Dalam bidang kesihatan kita diperkenalkan dengan tokoh tokoh seperti Ibn Al Qayyiam al Jauzi, Ibn Sina, Abu Bakar ibn Zakaria Ar Razi, Imam al Ghazali, Abu Raihan al Biruni dan tidak ketinggalan seorang tokoh Muslimah yang diberi nama Rufaidah binti Sa’ad


PENGENALAN 

Nama : Rufaidah binti Sa’ad Al Bani Aslam Al Khazraj, 
Lahir : Yathrib dan tinggal di Madinah dan berasal dari kaum Ansar
Bapa : Seorang doktor dan beliau mempelajari ilmu perawatan saat membantu ayahnya  

Menurut Prof Dr Omar Hasan Kasule, ketika membentangkan kertas kerjanya di Konferens Antarabangsa Jururawat ke 3 “Empowerment and Health: An Agenda for Nurses in the 21st Century” di Brunei Darussalam 1-4 November 1998 :


Rufaidah adalah perawat profesional pertama dimasa sejarah Islam. Beliau hidup di zaman Nabi Muhammad SAW di abad pertama Hijriah/abad ke-8 Masihi


PERIBADI

Sejarah menggambarkan beliau sebagai perawat teladan, baik dan bersifat empati. Rufaidah seorang pemimpin yang berkebolehan dan tersusun, mampu memobilisasi dan memotivasi orang lain. Memiliki kemahiran klinikal yang dapat dikongsi kepada perawat pelatih yang bekerja dengannya.

Selain bekerja secara klinikal, beliau juga turun ke lapangan masyarakat untuk merawat masalah sosial yang boleh membawa kepada penyakit. Beliau adalah Jururawat awam bekerja untuk masyarakat, yang menjadi inspirasi kepada profesion perawat dunia Islam.


SUMBANGAN

Apabila Negara Islam terbina kukuh di Madinah, Rufaidah menawarkan dirinya untuk merawat muslim yang sakit. Beliau mendirikan khemah di luar Masjid Nabi SAW
Ketika perang, beliau mengetuai kumpulan jururawat sukarela yang memasuki medan tempur dan merawat tentera yang cedera parah. Antara perang yang disertainya adalah Uhud, Badr, Khandak dan Khaibar.
Khemahnya menjadi terkenal ketika perang kerana Rasulullah mengarahkan tentera yang cedera di bawa ke khemah Rufaidah
Perang Khandaq – Rufaidah mendirikan khemah hospital di medan tempur. Rasulullah mengarahkan Sa’ad bin Ma’adh yang terluka ketika perang dipindahkan ke khemah Rufaidah
Rufaidah merawat Sa’ad, mencabut panah dari tangannya hingga keadaan Sa’ad menjadi stabil. Rasulullah SAW menziarahi Sa’ad di khemah hospital beberapa kali sehari. Sa’ad kemudiannya wafat dalam peperangan Bani Quraizhoh

KERJA MASYARAKAT DAN SUKARELAWAN

Rufaidah telah melatih sekumpulan sahabat perempuan sebagai jururawat di zaman Rasulullah. Ketika tentera Rasulullah bersedia untuk ke Perang Khaibar, Rufaidah dan pasukan jururawat sukarela pergi bertemu Rasulullah untuk meminta izin turut serta.
“Wahai Pesuruh Allah, kami mahu ikut kamu ke medan perang dan merawat tentera muslim yang terluka sebanyak mana yang kami mampu”
Pasukan jururawat telah melaksanakan tugas dengan baik sehingga Rasulullah membahagikan harta rampasan perang kepada beliau. Bahagian yang diperolehinya menyamai bahagian seorang tentera. Ini adalah pengiktiran di atas kerja kerasnya dalam bidang perubatan dan kejururawatan.

Sumbangan Rufaidah bukan sahaja terbatas dengan merawat pesakit yang terluka. Bahkan, beliau terlibat dengan kerja kemasyarakatan dengan menolong ; orang miskin, anak yatim, dan orang kurang upaya. 

Beliau menjaga kebajikan anak-anak yatim, merawat mereka dan mengajar anak anak yang buta huruf.
PENUTUP 
Personaliti Rufaidah yang baik dan empati dapat menenangkan pesakit ditambah lagi dengan rawatan perubatan yang diberikan. Sentuhan sisi kemanusiaan merupakan aspek yang penting bagi seorang perawat dan perlu diseimbangkan dengan sisi teknologi masa kini.

Sejarah telah merakam nama nama wanita yang telah bekerja bersama Rufaidah : Umm Ammara, Aminah, Umm Aiman, Safiyat, Umm Sulaim dan Hind. Wanita muslim yang juga terkenal sebagai jururawat adalah : Ku’ayibat, Aminah binti Abi Qays al Ghifariyat, Umm ‘Atiyyah al Ansariyat dan Nusaibah binti Ka’ab al Maziniyyat. 



Sumber Rujukan :

Al Fanjari, Ahmad Shawqi: Rufaidah, Awwal Mumaridhat fi al Islam. Dar al Qalam. Kuwait 1980CE.
Hamarneh, Sami Khalaf: Tarikh Turath al 'Uluum al Tibiyyat 'Inda al 'Arab wa al Muslimiin. Yarmouk University 1406 AH/1986 CE
'Asqalanai, al Imaam al Hafidh Ahmad bin Ali bib Hajar. Al Isabat fi tamyiiz al Sahabat. Dar al Kitab al 'Ilmiyat. Beirut 1415AH/1995CE
*   Paper Presented at the 3rd International Nursing Conference "Empowerment and Health: An Agenda for Nurses in the 21st Century" held in Brunei Dar as Salam 1st-4th November 1998


http://www.irfi.org/articles/articles_401_450/rufaidah_bint_sa.htm


Wednesday, November 4, 2015

Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib

Bismillah 
Assalamuailakum

إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Baru sahaja tahun lepas dikejutkan berita pemergian Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan ketika sedang nnadoh kitabnya Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah.
Semalam menerima berita berita pemergian penulis kitab Risalah Ta'alim, Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib.Kitab yang ku kilik satu ketika dulu dan loni didiskusikan dalam Usrah Ameerah Pengkalan Chepa.

Beliau merupakan bekas Ahli Majlis Syura dan Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin mengarang kitab yang menjadi rujukan pejuang Islam seluruh dunia iaitu "Risalah Taalim".
Moga Allah menempatkan ulama' yang berjuang di kalangan nabiyyin,shuhada' dan orang-orang soleh.


KakiBlog